“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Julai 31, 2010

Sengat tebuan rawat penyakit

HOMEOPATI yang bersifat holistik semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia yang mahukan rawatan alternatif.

BAGI individu yang ingin mencuba alternatif perubatan moden, homeopati mungkin satu pilihan yang baik. Perubatan homeopati dikatakan mampu menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit sekali gus menyembuhkan penyakit yang dihidapi sehingga ke akar umbi. Homeopati merupakan rawatan holistik yang memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakit yang dihidapi.

Menurut pakar homeopati, Dr. Nik Fairuz Nik Omar yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang ini, kelebihan rawatan homeopati ialah ubat-ubatan yang digunakan tidak mengandungi bahan toksik dan dadah. Ini secara tidak langsung menjadikan rawatan itu lebih selamat dan boleh diambil oleh semua golongan tanpa mengira peringkat umur.

Sotong

Ubat-ubatan yang digunakan bersumberkan tumbuh-tumbuhan, garam galian, haiwan dan sel-sel terpilih, antara tumbuh-tumbuhan yang digunakan ialah bawang putih, bawang merah, bunga matahari dan lada hitam. Bagi garam galian pula ia terdiri daripada kapur, magnesium, sulfur dan sebagainya.

"Ubatan bersumberkan haiwan pula ialah dakwat sotong, sengat tebuan, labah-labah dan bisa ular yang mampu merawat penyakit tertentu," katanya sambil menambah, kini perubatan itu juga menggunakan kuasa solar dan laser. Jelas Nik Fairuz, kaedah rawatan homeopati berfungsi dengan mengenal pasti simptom penyakit iaitu simptom fizikal dan mental.

"Simptom berbentuk fizikal membolehkan penyakit dikenal pasti secara jelas seperti lebam atau kemerah-merahan, bengkak dan mata merah. Untuk mental pula, rasa sakit yang mereka alami dan bagaimana mereka menanganinya," ujarnya.

Nik Fairuz memberitahu, semasa merawat pesakit, beliau akan bercakap dengan mereka dan menilai pesakit itu berdasarkan bentuk tubuh, kelakuan dan emosi mereka sebelum memilih penawar mengikut simptom yang wujud.

"Tetapi tidak semestinya semua simptom yang disenaraikan bagi satu-satu penawar adalah pilihan yang tepat, tetapi persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor memilih penawarnya," katanya.

Ini sekali gus merawat pesakit menerusi proses perangsang tenaga hayat yang wujud secara semula jadi di dalam badan manusia. Tenaga itu menjadikan tubuh lebih kuat, aktif dan mempunyai keupayaan melawan penyakit di samping mengatur sistem peredaran darah, sistem hormon serta saraf.


Dr. Nik Fairuz Nik Omar

"Sebahagian besar pesakit yang mendapatkan rawatan terdiri daripada mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan saraf, pinggang, kencing manis, migrain dan demam. Tempoh untuk pesakit pulih pula bergantung pada keadaan pesakit selain mengambil ubat mengikut tempoh yang telah ditetapkan," katanya.

Murah

Sementara itu, seorang lagi pakar homeopati, Dr. Azman Mohamad memberitahu, rawatan homeopati merupakan salah satu perubatan alternatif bagi mereka yang ingin beralih daripada perubatan moden.

Beliau yang mengusahakan klinik rawatan homeopati selama lebih 10 tahun di Ipoh, Perak mendakwa rawatan tersebut bukan merawat pesakit tetapi membantu memulihkan sistem tubuh seseorang supaya dapat berfungsi dengan lebih optimum.

Ujarnya lagi, kaedah rawatan homeopati berfungsi dengan membuang racun-racun toksik dalam tubuh serta memulihkan fungsi organ seperti buah pinggang, hati dan jantung supaya kembali normal selepas lama terdedah kepada asap kenderaan, rokok dan pengambilan makanan yang tidak sihat. Semua ini secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit.

"Homeopati merawat pesakit yang mengalami penyakit yang paling ringan seperti demam dan juga yang paling kronik seperti penyakit ketumbuhan dalam otak dan kanser rahim. Saya berpengalaman merawat penyakit batu hempedu dan buah pinggang hanya dengan pembedahan kecil tanpa menggunakan laser. Proses rawatan itu hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam," katanya.


RAWATAN homeopati banyak menggunakan ubat-ubatan berasaskan herba.

Katanya lagi, harga ubat-ubatan homeopati juga tidak semahal mana iaitu di antara RM30 hingga RM50 dan boleh digunakan sehingga dua bulan.

"Namun, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa membantu merawat seorang pesakit wanita yang menderita kanser serviks yang dikatakan tidak dapat disembuhkan. Syukur dia pulih semula selepas rawatan selama tiga bulan dan hidup sampai sekarang. Namun, semua ini adalah ketentuan Allah, bukan saya," ujarnya.




Rujuk : Megat Lutfi Megat Rahim [megatlutfi.rahim@kosmo.com.my] di Kosmo!

Butiran selanjutnya ...

Misteri wajah manusia di planet Marikh terlerai


SATU siri gambar menunjukkan perubahan kualiti imej yang dirakamkan dari sebuah bukit di Marikh dari Julai 1976 hingga 2001.

HOUSTON - Sekeping gambar yang menunjukkan wajah manusia di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kapal angkasa Viking 1 Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1976 lalu sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu mencetuskan teori konspirasi kononnya Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merahsiakan bahawa Marikh sudah memiliki tamadun tersendiri.

Namun, gambar wajah manusia itu dirakamkan kembali oleh sebuah kapal angkasa peninjau pada 25 Julai lalu dari jarak 1,873 kilometer dengan menggunakan kamera definisi tinggi HiRise.

Gambar terbaru itu mendedahkan wajah asal tersebut disebabkan sudut pantulan cahaya matahari yang membentuk lengkok kawah permukaan. - Agensi


Butiran selanjutnya ...

Rhodamine B - Pewarna haram masih digunakan

~ Rhodamine B Dye ~


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Walaupun diharamkan sejak lebih 50 tahun lalu, Rhodamine B didakwa masih digunakan dalam penyediaan makanan seperti kuih pau, belacan dan makanan ringan. Rhodamine B, sejenis bahan penyebab kanser yang mengeluarkan warna merah jambu, tidak sepatutnya dijadikan pewarna makanan kerana ia hanya boleh digunakan untuk pembuatan barangan plastik dan tekstil.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata pihaknya pertama kali mengesan penggunaan Rhodamine B dalam belacan pada 1973 dan sejak itu, ujian terhadap bahan berkenaan diadakan secara berkala.

Di bawah Peratuan Makanan 1985, penggunaan Rhodamine B tidak dibenarkan dalam makanan. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM5,000 atau hukuman penjara bagi tempoh tidak lebih dari dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Penggunaan Rhodamine B juga tidak dibenarkan dalam makanan di bawah Ordinan Makanan dan Ubatan 1952. Ini bermakna pewarna tersebut telah diharamkan sejak lebih 50 tahun yang lalu.

“Ujian terbaru CAP dikendalikan April lalu mendapati Rhodamine B terkandung dalam dua sampel belacan dan beberapa snek berwarna yang dibeli dari pasar di sekitar Kuala Lumpur. Kami terkejut apabila mendapati Rhodamine B masih terkandung dalam makanan walaupun diharamkan sejak berpuluh tahun lalu,” katanya.

Daripada ujian-ujian terbaru yang dijalankan sudah jelas undang-undang yang ada tidak dikuatkuasakan dengan tegas untuk menghalang pesalah daripada menggunakan pewarna Rhodamine B dalam makanan.

Kanser menjadi pembunuh utama di Malaysia dan semakin ramai penduduk Malaysia menghidap penyakit ini. Pengambilan bahan penyebab kanser dalam makanan menjadi penyebab utama kanser. Sehubungan dengan penemuan terbaru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang sekali lagi menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengambil langkah-langkah berikut:
  • Menguatkuasakan Peraturan Makanan 1985
  • Menyiasat dan mendakwa sesiapa saja yang didapati menggunakan pewarna dalam makanan yang undang-undang melarangnya.
  • Menghentikan penjualan pewarna gred industri (yang diharamkan untuk makanan) dalam jumlah yang kecil untuk mengelak penyalahgunaannya.
  • Tidak menggalakkan pengeluar dan pengusaha makanan menggunakan pewarna kimia kerana selain boleh memudaratkan, ia juga tidak perlu.
  • Menjalankan kempen media untuk tidak menggalakkan pengguna membeli makanan yang mengandungi pewarna dan mendidik mereka tentang cara membaca label makanan dengan betul.
  • Menguji dengan kerap semua barang makanan yang dijual untuk memastikan ia tidak mengandungi sebarang pewarna yang diharamkan dan bahan kimia yang beracun.
Kementerian Kesihatan perlu menyita semua produk makanan seumpamanya yang berada di pasaran.

ALERT
: Para pengguna dinasihatkan supaya mengelak makanan berwarna terang yang tidak kelihatan asli.





Rujuk : BH 31/07/2010 dan MalaysiaKini

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Julai 30, 2010

Syaitan menguasai melalui 10 pintu


Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, berjumpa lagi di pagi Jumaat untuk tazkirah hari ini...

Jangan biarkan syaitan meraja dalam diri. Peliharalah hati, jangan sampai hati dikuasai syaitan sehingga kita terjerumus ke lembah maksiat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (Surah an-Nisaa’ ayat 120~121)

Beruntung manusia yang berupaya menangkis godaan syaitan. Kata ulama, syaitan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu :
  1. Sifat sombong dan angkuh
  2. Bakhil dan kedekut
  3. Takbur dan bongkak
  4. Sifat khianat
  5. Tidak suka menerima ilmu dan nasihat
  6. Hasad dengki
  7. Meremehkan orang lain
  8. Sifat ujub atau bangga diri
  9. Suka berangan-angan
  10. Buruk sangka
Renung-renungkan!


Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Julai 29, 2010

Tanda si dia 'poket kering'

~ lelaki sukar berterus-terang tentang masalah kewangannya ~

Assalamualaikum dan salam ceria untuk pengunjung setia Laman Seri...

Setuju atau tidak, perkara paling sensitif dalam hidup lelaki apabila disentuh soal kewangan. Betul? Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada anda tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Tiada ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani anda, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit. Sebagai kekasih, anda seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “Apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada anda tentang masalah berkaitan wang ringgit. Tak percaya? Cuba anda tanyakan berapa gaji bulanannya (ini untuk yang sudah serius ke arah perkahwinan). Jika dia seorang yang jujur, tentu dia tidak teragak-agak memberitahu anda, mungkin saja dia akan menunjukkan 'payslip' gajinya sebagai bukti.

Minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Anda perlu bertindak membantunya dengan tidak merengek-rengek mengada-ngada meminta itu ini yang bukan di dalam lingkungan kemampuannya.

Sila perhatikan sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

Tanda # 1 - Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama anda.

“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.”

Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

Tanda # 2 - Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan.”

Tanda # 3 - Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa anda ke gerai murah.

Tanda # 4 - Pulang awal

Selepas menjemput anda dari pejabat, dia terus membawa anda pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa anda keluar makan bersama.

Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

Tanda # 5 - Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya...”

Tanda # 6 - Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila anda menyuruhnya membelikan sesuatu untuk anda. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

Tanda # 7 - Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

Maksudnya, dia mengajak anda ke tempat-tempat yang tidak memerlukan modal.

Tanda # 8 - Hanya menemani

“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika anda mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja anda. Bila si dia berkata begitu, sudah pastilah tidak mahu makan seorang diri, bukan begitu?

Tanda # 9 - SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon anda, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

Tanda # 10 - Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya... kenapa nih?”

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada anda tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan anda faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.

Sebenarnya, petanda-petanda begini boleh dijadikan ukuran kestabilan kewangan bakal suami anda. Jika tanda-tanda begini amat kerap ditonjolkannya, anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati. Tanda-tanda ini menunjukkan, sama ada bakal suami anda seorang yang 'kedekut' atau kedudukan kewangannya memang tidak setabil.

Mengahwini seorang yang kedekut, anda berisiko makan hati lembu berulam jantung pisang. Sila rujuk entry Mengungkit tandanya kufur nikmat... untuk kisah Hindun isteri sahabat Nabi yang bernama Abu Sufiyan untuk mengatasi masalah suami kedekut.

Sebaliknya, mengahwini seorang yang tidak stabil dari segi kewangan, anda sebenarnya menempah krisis yang mungkin anda tidak dapat tangani di belakang hari. Bukankah seorang suami bertanggungjawab menyediakan nafkah apabila berkahwin? Jadi, kedudukan kewangan bakal suami mesti mantap tetapi tidak semestinya mewah.

Anda mempunyai dua pilihan :
  1. terus kekal dan 'bimbing' bakal pemimpin anda [Alert!!! : ehem... not recommended at all], atau
  2. tak payah susah-susah.... anda memang patut angkat kaki!
Semoga bermanafaat!




Rujukan : Kosmo! 08/02/2009

Butiran selanjutnya ...

Umat Islam ambil mudah isu makanan halal

~ gambar hiasan ~

Pengusaha makanan hanya utama sambutan pelanggan Melayu bukan logo JAKIM, JAIN

PADA Jun lalu, akhbar melaporkan sebuah kilang di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah dikesan menjual produk bebola babi, yang diletakkan bercampur dengan makanan halal dalam sebuah peti sejuk besar. Pekerja kilang itu memakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. [Rujuk : Halal.gov - campur aduk babi]

Sebelum itu, pada Mei lalu, berpuluh-puluh pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai nasi ayam terkenal di Bukit Bintang, tersentak apabila premis terbabit tiba-tiba diserbu pegawai penguat kuasa agama kerana didapati menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. [Rujuk : HMetro 27/05/2010]

Pemilik premis yang sering dipenuhi umat Islam bagaikan sengaja cuba memperdaya pelanggan apabila memasang tiga logo halal JAKIM bersaiz besar di hadapan premis bagi menarik kedatangan orang ramai.

Dalam suasana masyarakat majmuk di negara ini, orang bukan Islam juga menjalankan perniagaan makanan seperti hotel, restoran serta kopitiam yang juga dikunjungi oleh orang Islam. Namun, sejauh manakah pengusaha hotel dan restoran ini menitikberatkan soal halal haram makanan disajikan?

Sebagai pelanggan, adakah kita juga memastikan dengan yakin makanan dihidangkan kepada kita halal untuk dimakan?

Penulis pernah diajak seorang teman ke sebuah restoran bukan Islam. Apabila penulis bertanya adakah makanan di restoran itu halal? Jawapan diberikan, “ala ramai orang Melayu makan di situ”, membuat penulis berfikir banyak kali.

Mungkin ini sikap segelintir masyarakat Islam hingga ada pihak yang begitu mudah mengeksploitasi sehingga berlaku kes dinyatakan. Islam amat menitikberatkan makanan yang halal dan baik. Firman Allah bermaksud: “Wahai manusia, makanlah yang halal dan baik (thayiban) dari apa-apa yang ada di bumi, dan janganlah kalian ikuti langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Banyak orang berusaha sekuat tenaga untuk beribadah kepada Allah lalu mengangkat kedua tangannya seraya memohon, “Ya Allah! Ya Allah! kumohon pada-Mu, terimalah ibadahku.” Tetapi jika makanannya haram, minumannya juga haram, pakaiannya pun haram, bagaimana mungkin doa mereka itu akan dikabulkan?” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Islam juga menyeru umatnya menjauhi perkara yang diragui halal atau haramnya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas dan di antara kedua-duanya ada hal yang subahat (samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barang siapa hati-hati dari perkara subahat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Penulis pasti, sepanjang puasa Ramadan ini sudah pasti ramai umat Islam akan berkunjung ke hotel untuk berbuka puasa. Suatu yang menyedihkan apabila laporan mendedahkan bahawa hotel bertaraf lima bintang yang dimiliki pengusaha bukan Islam memiliki kesedaran minimum terhadap kepentingan untuk mendapatkan sijil halal bagi dapur mereka.

Faktor ini adalah penyebab nisbah hotel yang memiliki sijil halal ketika ini terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan hotel di negara ini. Hanya 1.36% iaitu sejumlah 32 daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal.

Hakikatnya masyarakat Islam boleh menggunakan kuasa kepenggunaan mereka untuk menghukum pengusaha, pengilang atau pengeluar makanan yang terbukti mengambil ringan isu halal haram dengan langkah memboikot produk mereka.

Begitu juga jika mereka menipu pengguna Islam dengan mempamerkan logo halal palsu. Tindakan ini seolah-olah mempersenda dan mempermainkan pengguna Islam. JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah pihak dipertanggungjawabkan secara rasmi mengeluarkan sijil dan logo halal untuk makanan dan rumah sembelihan di negara ini.

Sebarang logo halal atau sijil pengesahan halal yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf oleh kerajaan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai cadangan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972, tepat pada masanya.

Pindaan itu bakal memperuntukkan hanya JAKIM dan JAIN diberi kuasa mengeluarkan sijil dan logo halal, serta pihak yang menipu pengguna dengan logo halal palsu bakal berdepan hukuman dua atau tiga kali ganda lebih berat berbanding hukuman sedia ada.

Mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, mereka yang menggunakan logo halal palsu boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi individu, manakala bagi syarikat denda maksimum RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Namun persoalannya, adakah JAKIM atau JAIN sudah bersedia dengan bilangan kakitangan, prasarana atau peralatan canggih lain, untuk menjalankan tugas penguatkuasaan jika cadangan pindaan itu diluluskan?

Timbul juga persoalan, kenapa tidak diperuntukkan atau digubal suatu akta khusus yang mewajibkan semua pengusaha hotel memperoleh sijil halal daripada JAKIM atau JAIN?

Disarankan juga penggunaan sijil halal diperluaskan secara menyeluruh kepada semua pengusaha gerai makan, kantin, medan selera atau restoran sebagai prasyarat mendapatkan lesen pengendali makanan daripada pihak berkuasa tempatan.

Pada masa ini, pengesahan halal hanya dikeluarkan kepada pengusaha gerai atau pihak pengurusan medan selera atas permohonan pihak berkenaan, tetapi ia bukanlah suatu peraturan wajib. Jika pengusaha tidak memohon sijil halal, tiada tindakan boleh dikenakan ke atas mereka.

Penulis ialah Tuan Musa Awang, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) boleh dihubungi melalui e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com atau layari.




Sumber : BH 28/07/2010

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Kahwin : Jangan berlandaskan seks!

PERKAHWINAN bukanlah bermakna menjadikan suami seorang raja dan isteri seorang hamba.
~ Gambar hiasan ~

BERDASARKAN statistik, perceraian terkini yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sememangnya diakui kes perceraian semakin menjadi-jadi.

Lebih tragis statistik juga membuktikan banyak kegagalan perkahwinan berlaku di bawah tempoh usia lima tahun. Malah, banyak lagi kes yang masih dalam usaha untuk diselamatkan daripada menempuh alam perceraian.

Punca dan sebab yang mewujudkan fenomena sebegini ialah:

1. Kecenderungan dan niat untuk berkahwin tidak tepat. Ramai pasangan yang cenderung untuk berkahwin kerana cinta dan seks semata-mata. Betul, keperluan seksual adalah antara dalam hikmah sebuah perkahwinan tetapi seks bukan perkara utama.

Jika menjadikan seks sebagai tujuan dan niat utama untuk berkahwin, kegagalan menerima layanan seks menjadi punca mudah rumahtangga berantakan. Ada juga yang berkahwin kerana rupa atau harta, apabila harta tiada atau rupa tidak seperti ketika mula hati jatuh cinta, perkahwinan akan goyah dan goncang.

2. Kesilapan dalam memahami maksud status seorang suami dan seorang isteri.

Perkahwinan bukan menjadikan suami seorang raja dan bukan juga menjadikan isteri seorang hamba.

Prinsip perkahwinan meletakkan perkahwinan sepatutnya menjadi satu perkara yang membahagiakan bagi kedua-dua pihak, suami dan isteri. Perkahwinan juga bermaksud perkongsian dan toleransi, bukan satu kata putus tanpa perbincangan.

Suami diamanahkan sebagai ketua keluarga disebabkan suami dibebankan dengan tanggungjawab yang pelbagai, bukan saja keperluan nafkah, kasih sayang dan perhatian malah, mendidik isteri dan anak-anak. Namun, itu bermakna suami berkuasa untuk mengarah itu ini agar isteri patuh tanpa ada ruang langsung untuk isteri memberi pendapat dan pandangan.

Islam mewajibkan isteri patuh dan taat kepada suami tetapi perlulah bertempat. Jika perintah suami berlawanan dengan kehendak syariat, kehendak suami tidak perlu ditaati.

3. Kegagalan menjalankan tanggungjawab dan amanah dalam perkahwinan.

Kedua-dua suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri dan tanggungjawab isteri menjadi hak suami.

Apabila satu pihak gagal menjalankan tanggungjawab yang patut, maka satu pihak lagi tidak menerima hak yang sepatutnya yang memungkinkan cinta yang ada pudar dan hilang lantas usaha untuk keluar daripada perkahwinan dilakukan.

4. Kurang ilmu rumah tangga dan perkahwinan.

Hampir 75% pasangan yang bercerai dikenal pasti sebagai individu yang kurang ilmu berkaitan perkahwinan dan rumahtangga. Hampir 20% lagi adalah individu yang tahu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang diketahui, sementara bakinya adalah individu yang hanya memikirkan perkahwinan adalah layanan seks semata-mata.

5. Kurang atau hampir tiada iman

Rata-rata kes yang saya kendalikan, punca utama runtuhnya sesebuah perkahwinan adalah kerana kurang atau hampir tiada langsung ilmu dan iman.

Tidak kiralah kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri atau sebelah pihak sahaja sama ada suami atau isteri. Namun, 90% perkahwinan hancur apabila sebelah pihak tidak beriman kepada Allah.

Iman kepada Allah merupakan asas kebahagiaan dalam setiap aspek kehidupan termasuk perkahwinan. Individu yang mantap iman dan taqwanya kepada Allah akan berusaha sedaya-upaya melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya termasuk berusaha yang terbaik untuk perkahwinan dan rumah tangganya agar sentiasa diredai Allah.

Kurang atau tiada iman menyebabkan individu tidak kisah dan bebas melakukan perkara yang melanggar syarak dan menyakitkan hati pasangan.

Menjaga solat adalah antara usaha penting dalam mengekalkan keharmonian perkahwinan mengikut jalan-Nya. Solat yang dilakukan dengan khusyuk dan tawaduk akan menghalang individu daripada terlibat dengan perkara keji yang boleh meruntuhkan institusi perkahwinan.




Sumber : SuzanaGhazali di Kosmo! 23/07/2010

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Julai 28, 2010

Kenapa penentuan halal, haram diswastakan?


Assalamualaikum warahmatullah,

Susulan entry Kopitiam seluruh negara diragui, kita patut rasa bernasib baik kerana tercetusnya isu ini. Setelah diselidik sini situ sana sini, maka TERBONGKARLAH rahsia, iaitu sebahagian besar restoran kopitiam tidak mempunyai sijil halal, satu isu lain yang sangat besar bagi umat Islam di negara ini.

Jika isu kopitiam ini tidak timbul, saya pasti kita semua tidak tahu bahawa di negara ini soal halal haram produk dan premis makanan dilakukan oleh pihak swasta. Sekali lagi, pihak swasta menentukan halal dan haram sesebuah premis makanan di negara ini selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kopitiam yang tidak ada sijil halal sebenarnya tidak menjadi isu. Kalau pemilik kopitiam itu merasakan premis mereka belum layak untuk mendapat status halal, tidak perlulah ada pihak yang berteriak seolah-olah akan kebuluran tidak menjamah makanan atau minuman di kopitiam.

Tetapi yang menjadi isu apabila ada sesetengah restoran itu mendapat sijil daripada syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal. Loh... Bukan JAKIM sahaja yang berkuasa mengeluarkan sijil halal rupa-rupanya....

Saya percaya enam syarikat yang mengeluarkan sijil halal itu tidak muncul secara magic. Syarikat itu tentulah diberi kuasa oleh pihak tertentu [NB : Siapa tu??] untuk mengeluarkan sijil halal. Maka syarikat tersebut yang didakwa tidak teliti sebelum mengeluarkan sijil halal merupakan kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak yang memberi kebenaran. Pihak berkenaan membiarkan syarikat-syarikat berkenaan layak menentukan taraf halal atau haram sesebuah premis dan produk makanan.

Persoalan yang memerlukan jawapan segera ialah kenapa pengeluaran sijil halal itu perlu diswastakan dan tidak dilakukan sendiri oleh Jakim? Memang Jakim juga mengeluarkan sijil halal tetapi pengusaha premis makanan ada pilihan untuk memilih Jakim atau syarikat swasta. Adakah Jakim tidak mampu kerana permohonan terlalu banyak sehingga hal-hal yang sensitif bagi orang Islam pun diswastakan?

Daripada senario yang tersurat, sebarang penswastaan atau memberi tugas kepada pihak swasta adalah untuk mendapatkan kecekapan yang lebih berbanding dibuat oleh agensi atau jabatan kerajaan.

Jadi, adakah memberi kuasa kepada enam syarikat untuk mengeluarkan sijil halal ini kerana Jakim tidak cekap? Atau adakah kewujudan syarikat ini kerana Jakim begitu teliti sebelum mengeluarkan sijil halal tetapi kalau memohon kepada syarikat swasta 'tidak sukar' untuk mendapatkan sijil halal?

Apa yang tersirat pula, di manakah keseriusan kita terhadap perkara-perkara yang sensitif sehingga diambil remeh?Semua orang hendak tahu siapakah yang membenarkan syarikat swasta memiliki kuasa menentukan status haram halal itu? Kalau benar Jakim tidak mampu, setiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam masing-masing.

Tentunya sijil yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam di semua negeri jauh lebih diyakini daripada syarikat yang seolah-olah 'mencetak' pamplet promosi barangan. Kenapa tugas besar bersangkutan dengan halal haram ini tidak diberikan kepada Majlis Agama Islam di negeri-negeri?

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar dalam Utusan Malaysia 26 Julai lalu berkata, hanya Jakim saja yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mengeluarkan sijil halal di negara ini ketika ini. Beliau menegaskan, "Jakim mempunyai prosedur yang menepati hukum syarak sedangkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta diragui statusnya."

Jakim sendiri meragui syarikat-syarikat swasta yang dilantik mengeluarkan sijil halal tetapi kenapa Jakim tidak bertindak ke atas syarikat -syarikat yang dianggap 'meragukan' dan tidak mencapai standard untuk menyekat syarikat berkenaan memberikan status yang salah dan orang Islam menganggap logo halal itu adalah halal?

Ironinya di negara ini, logo halal pun belum tentu halalnya kerana badan seperti Jakim yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam meragui sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta. Sudah tentu syarikat-syarikat ini bukan dilantik oleh Jakim tetapi pihak mana lagi yang lebih berkuasa daripada Jakim?

Rakyat perlu diberitahu semua kekeliruan ini supaya mereka tidak menyalahkan Jakim. Rakyat juga ingin tahu adakah keperluan terlalu mendadak sehingga memaksa kerajaan memberi kuasa kepada pihak swasta menentukan soal produk dan premis halal atau haram bagi orang Islam di negara ini?

Jakim sendiri meragui standard syarikat-syarikat berkenaan kerana tidak membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan ada permohonan dibuat dengan menelefon bertanyakan sama ada premis berkenaan terdapat alkohol atau daging babi. Tetapi Jakim membuat pemeriksaan menyeluruh sehingga ke tempat penyembelihan.

Apabila ada pihak yang menawarkan 'kemudahan' dan pihak Jakim pula mengenakan penelitian yang ketat, sudah tentulah pengusaha premis atau pengeluar produk makanan memilih yang mudah.

Maka kewujudan syarikat-syarikat berkenaan secara tidak langsung membuatkan pengusaha tidak memilih Jakim. Adakah ini dimahukan oleh pihak yang memberi kuasa kepada syarikat berkenaan?

Tangani segera penipuan logo halal elak umat Islam terus terpedaya


Keraguan mengenai status halal terhadap makanan berasas daging di hampir semua kopitiam di seluruh negara yang JAKIM, membuktikan betapa mudahnya umat Islam di negara ini terpedaya dengan logo halal palsu digunakan peniaga bukan Islam.

Kejadian itu turut membuktikan longgarnya penguatkuasaan terhadap premis perniagaan makanan bukan Islam yang menggunakan logo halal. Berikutan pendedahan itu, kita percaya ramai umat Islam yang bimbang terhadap kesucian makanan yang pernah dimakan di premis berkenaan.

Kejadian itu sudah tentu menjadikan mereka hilang kepercayaan dan mempersoal pihak yang mengeluarkan sijil serta logo halal di negara ini. Apakah mereka benar-benar melakukan pemeriksaan rapi terhadap semua aspek penyediaan makanan di premis berkenaan serta tempat penyembelihan bagi memastikan makanan yang disediakan mengikut syariat Islam?

Timbul persoalan, sehingga bilakah umat Islam akan terpedaya dengan logo halal palsu demi menarik pelanggan Islam ke premis makanan yang didakwa menjual makanan halal? Kita tidak menafikan memang ada peniaga yang akur dengan keperluan sijil halal bagi menarik pelanggan Islam, tetapi tidak kurang juga peniaga yang mengambil jalan mudah menggunakan sijil serta logo halal palsu.

Penipuan dalam penggunaan logo dan sijil halal adalah kesalahan serius dan perlu dikenakan tindakan tegas. Pendedahan pada tahun lalu mengenai 50,000 restoran mempamerkan logo halal palsu amat mengejutkan. Ada juga laporan menyebut hanya 170 dapur di lebih 2,000 hotel, termasuk hotel bajet di seluruh negara mempunyai pensijilan halal. Ini bermakna, sebilangan besar dapur berkenaan tidak mempunyai sijil halal. Mungkin jumlah itu kini semakin meningkat selepas pelbagai pihak, termasuk Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) berjaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik hotel supaya memohon sijil dan logo halal bagi kemudahan pelanggan beragama Islam.

Kita harap dengan pendedahan JAKIM itu, kerajaan akan bertindak cepat bagi menangani penipuan logo dan sijil halal secara serius. Meminda Akta Perihal Dagangan 1972 tanpa memberi kuasa penguatkuasaan kepada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) tidak akan membantu menyelesaikan isu ini. Penentuan halal haram seharusnya diletakkan di bawah pihak berkuasa agama kerana mereka ada kepakaran dalam menentukan status berkenaan.

Sepatutnya, tindakan menggunakan logo serta sijil halal palsu di negara ini tidak berlaku jika peniaga bukan Islam memikirkan kelebihan memilikinya kerana ia mampu menarik lebih ramai umat Islam berkunjung ke premis mereka. Sudah sampai masanya JAKIM dan JAIN diberikan kuasa lebih luas dalam menguatkuasakan prosedur halal, berbanding kuasa yang ada sekarang.

Langkah kerajaan memutuskan supaya JAKIM mengambil alih semula tugas mengeluarkan sijil halal daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) tidak lama dulu adalah tindakan tepat bagi memastikan hanya peniaga yang layak dan mematuhi prosedur ditetapkan mendapat pengiktirafan itu. Sebagai negara yang sudah 53 tahun merdeka dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi, adalah amat malang jika isu penipuan logo dan sijil halal masih belum ditangani sepenuhnya.




Rujuk : Utusan 27/07/2010 dan BH 27/07/2010

Butiran selanjutnya ...

Kopitiam seluruh negara diragui

Assalamualaikum warahmatullah,

Tidak berapa lama dalu, saya menerima email yang bertajuk Mee Wantan Katak. Dalam hati, waahhhh... ada menu baru... Saya ingatkan nama mee itu direka, tetapi rupa-rupanya memang betul ia mee wantan berperisa daging katak yang dihidangkan oleh sebuah kopitiam terkemuka.

Saya kurang pasti sama ada perencah utama mee ini memang menggunakan daging haiwan ini ataupun perisa istimewa ini 'ter'masuk ke dalam kuali secara tidak sengaja... Sila rujuk entry Kaki katak dalam mi goreng untuk berita ini. Semakan segera seperti gambar di bawah :

mee wantan berperisa katak


tentu enak dimakan begitu sahaja... kui... kui... kui...


keratan akhbar utusan yang memuatkan berita ini

Saya percaya, jika anda menerima email yang sama, tentu anda juga tidak tergamak untuk menjamu selera di restoren kopitiam yang disebut-sebut menghidangkan menu berkenaan. Pemilik kopitiam bukanlah seorang Muslim dan kita patut ada borderline untuk memastikan tiada rezeki syubahah atau yang haram daripada masuk ke mulut, apatah lagi menerusi tembolok kita. Dengar-dengarnya mangsa mee wantan hendak menyaman kopitiam tersebut. Hendak saman, samanlah. Saya rasa kopitiam tersebut tidak ada hal punya, mungkin saja takkan jadi kes sebab mereka bukannya restoren Muslim pun. Silap-silap memang tidak ada halal Jakim, tapi cuma ada 'ha lam alif lam' aje.

Cukuplah. Kita sendiri yang wajib perihatin terhadap pemakanan kita. Jangan salahkan yang menyediakan makanan berorientasikan keuntungan, tetapi salahkan diri kita yang ADA PILIHAN untuk menentukan halal atau haram sesuatu yang dimasukkan ke mulut sendiri!


Kopitiam seluruh negara diragui
- Be alert all muslims!!!

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.

“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain. Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar itu mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Dipercayai, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.



Halal: Kerajaan tidak akan berkompromi


KUALA LUMPUR 24 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pengusaha makanan yang mengaku menjual makanan halal sedangkan ia tidak menepati standard yang ditetapkan.

Pada masa sama beliau berkata, kerajaan juga tidak akan bertolak ansur terhadap pengusaha makanan yang gagal mematuhi syarat halal selepas mereka memperolehnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sekiranya berlaku dua kesalahan tersebut, pihak pengusaha terbabit akan menerima hukuman yang setimpal seperti mana diperuntukkan undang-undang.

''Mengikut undang-undang, pengusaha tidak wajib memohon sijil halal tetapi jika mereka mengaku menjual makanan halal, mereka wajib mempunyai sijil halal Jakim. Jika mereka gagal dan kemudian didapati makanan mereka memang tidak halal, mereka ini boleh dihukum.

''Sebagai contoh apabila timbul syak sembelih tidak betul atau penyediaan hidangan tidak mengikut piawaian halal. Sekiranya dakwaan ini betul mereka yang terlibat boleh dihukum di bawah perihal dagangan,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Usahawan Desa 2010 di pekarangan Stadium Bukit Jalil di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan sebuah kopitiam terkenal di sini, diserbu oleh Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Muhyiddin berkata, beliau tahu mengenai isu tersebut kerana pernah memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

''Saya tahu mengenai isu ini dan ia melibatkan soal penggunaan perkataan halal. Mereka yang mengaku produk atau makanan mereka halal hendaklah membuktikan ia benar-benar halal.

''Pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan dan jika benar produk atau makanan yang dijual tidak halal, pengusaha seperti ini boleh dikenakan tindakan,'' ujarnya.

Sementara itu, beliau mahu pengusaha hotel serta restoran yang masih belum mempunyai sijil halal segera mendapatkannya daripada pihak Jakim.

Beliau berkata, walaupun ia bukan satu kewajipan, tetapi pihak terbabit harus bersama-sama bertanggungjawab menyediakan makanan dan minuman yang disahkan halal bagi melindungi kepentingan umat Islam.

Katanya, adalah tidak wajar golongan berkenaan enggan memohon sijil halal lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan kerana pada bulan tersebut pihak pengusaha berlumba-lumba menarik minat umat Islam berbuka di premis mereka.

''Nasihat Jakim mesti diberi perhatian oleh pengusaha hotel dan restoran. Bukan sahaja pada bulan puasa tetapi di sepanjang masa. Sekiranya mereka kata produk, makanan dan perkhidmatan mereka halal, ia mesti disertakan dengan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

''Tidak lama lagi bulan Ramadan dan sudah pasti banyak hotel mahu mengambil kesempatan mempromosi makanan Ramadan. Bagi hotel yang masih belum mempunyai sijil halal diminta segera berbuat demikian,'' katanya.



Tipu logo halal: Pengusaha restoran boleh didenda RM100,000

MELAKA 24 Julai - Sebuah kopitiam terkenal di Kuala Lumpur yang diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam boleh didenda sehingga RM100,000 jika didapati bersalah melakukan penipuan berhubung penggunaan logo halal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, selain denda maksimum RM100,000, pengusahanya juga boleh dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, kementerian mempunyai bidang kuasa mengambil tindakan itu jika peniaga didapati melakukan penipuan berkaitan logo halal.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius tindakan peniaga menjual makanan tidak halal tetapi menggunakan logo halal yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat swasta.

"Kementerian sedang membuat pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972 khususnya bagi memperkemaskan isu-isu berkaitan logo halal yang sewenang-wenangnya digunakan oleh kedai menjual makanan tidak halal," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2010 di Dataan Pahlawan, Banda Hilir di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta dua Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Tan Lian Hoe dan Datuk Rohani Abdul Karim.

Ismail Sabri mengulas mengenai sebuah kopitiam terkenal di Kuala Lumpur yang telah diserbu Jakim semalam selepas dipercayai mendapatkan bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Kopitiam tersebut mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, akta tersebut akan dibentangkan pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

Jika pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 diluluskan, beliau berkata, hanya satu pihak iaitu Jakim dan jabatan agama Islam di setiap negeri yang dibenarkan mengeluarkan logo halal.


Butiran selanjutnya ...

Lihatlah dengan mata hati

~ gambar hiasan ~

Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat

MATA suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dipandang. Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka buruk.

Orang itu jahil, si polan fasik, jiran kamu sombong, kawan kamu penipu, suami kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim, saudara kamu munafik, khianat, penjenayah, perampas hak orang dan segala kejahatan hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya. Itulah mata jahat yang bersatu dengan hati busuk.

Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh rupa paras dan tingkah laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur bicara halus dan idea bernas, terus percaya kepada orang di hadapannya itu umpama malaikat.

Semua baik, tidak ada cacat dan celanya. Akhirnya tertipu oleh imej palsu yang dilihat dengan cermin mata suram. Bertolak daripada kebaikan dan keburukan yang dilihat melalui mata zahir maka manusia terus mencari jalan tengah supaya dia dapat membuat penyesuaian dengan persekitaran secara selamat.

Sikap terbaik ketika menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah ambil manfaat daripada kebaikannya saja, usah peduli dengan aib orang itu dan berhati-hati supaya diri tidak dimanipulasi. Namun begitu kita berasa diri diperhati tanpa mahu mengaku bahawa kita juga suka memerhati orang lain.

Sebenarnya sikap suka memerhati ini boleh memberi kesan positif dalam diri iaitu dengan syarat, perhatian itu hanya kepada mutiara kebaikan saja. Adapun keburukan orang lain, cukuplah dijadikan sempadan tanpa disertai celaan kepada orang itu kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Jika setiap orang mengenal dirinya sendiri dengan sedalam-dalamnya nescaya tiada seorangpun tergamak menghina keaiban orang lain kerana dia masih melihat kelemahan yang banyak dalam dirinya sendiri. Alangkah eloknya jika kita menumpukan perhatian kepada kelebihan dianugerahkan Allah kepada orang lain untuk mengambil faedah daripadanya. Antara manfaatnya ialah:

1. Menghilangkan rasa ujub pada diri sendiri.

Hati manusia berubah-ubah, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu, hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Surah ali Imran ayat 8)

Oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai secara mutlak. Jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya.

Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah maka rasa ujub akan menguasai diri. Boleh jadi kita akan berkata: “Alangkah baiknya agamaku, amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya! Betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung berbanding diriku!”

2. Menyuntik semangat berlumba-lumba ke arah kebaikan.

Orang yang suka memerhati potensi saudaranya tidak seharusnya melahirkan rasa dengki, cemburu dan iri hati. Hanya orang yang berjaya saja yang boleh menjadikan kehebatan potensi orang lain sebagai inspirasi dan penyuntik semangat untuk lebih berjaya.

Al-Quran menyindir perangai orang yang suka mendengki terhadap kehebatan orang lain seperti Rasulullah SAW pernah menjadi mangsa kedengkian mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Orang kafir dari Ahli Kitab dan orang musyrik tidak suka kiranya diturunkan kepadamu sesuatu kebaikan daripada Tuhanmu. Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah jugalah yang mempunyai kurnia yang amat besar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 105)

Ayat itu memberi amaran kepada diri kita yang mungkin sedikit sebanyak menyimpan dengki. Betapa seseorang itu menjadi hamba yang membangkang atas keputusan Allah memilih orang lain untuk diberi anugerah.

Maka pandanglah dengan hati kerana pandangan mata itu selalunya gelap tidak mampu melihat hakikat, sedangkan hati yang suci suka memandang dengan pandangan Tuhannya. Apa yang baik menurut Allah itulah yang baik baginya dan sebaliknya.

3. Sumber inspirasi, muhasabah diri.

Sesiapapun boleh menjadi sumber inspirasi. Jangan pedulikan keburukan orang di sekitar kita dan terus perhatikan kebaikan mereka. Suami boleh menjadi cermin kepada isteri tanpa menafikan kelemahannya. Ibu menjadi cahaya bagi anaknya walaupun dirinya tidak berpelajaran tapi jiwanya cukup arif membahagi cinta.

Guru menjadi penyelamat anak yang bodoh, lembap dan bingung sehingga mereka menemukan jalan terang walaupun guru juga memiliki kekurangan peribadi tetapi jangan dinafikan merekalah sebenarnya paling berpengaruh mewujudkan cita-cita setiap insan.

Siapapun yang berjasa, berbuat baik dan berjaya mereka tidak terlepas daripada cacat cela. Tetapi untuk apa mempersoalkan yang negatif jika yang positif itu mampu menghapus yang negatif? Tiada insan sempurna, berilah peluang kepada siapapun di sekitar kita untuk menjadi sumber inspirasi dalam hidup.

Jika kita sudah mengambil manfaat daripada kelebihan orang lain, bagaimana pula menjadikan keburukan dan aib mereka sebagai sempadan?

Seorang Muslim bukanlah mereka yang memilih untuk diam apabila melihat kemungkaran berlaku di sekeliling mereka. Mereka bukan orang yang penakut, takut menyatakan yang salah itu salah dan yang benar itulah hakikatnya. Mereka tidak takut menyuarakan jalan inilah yang Allah reda dan jalan itu sebaliknya. Seorang Muslim berkewajipan memandang, menilai dan menasihati saudaranya jika berbuat silap seperti tuntutan agama yang mahu amar makruf dan nahi munkar ditegakkan.

Apabila melihat aib orang lain, berusaha membantu diri sendiri kemudian orang lain ke arah kebaikan. Langkah pertama ialah pastikan diri kita sudah berada di jalan yang benar, lurus dan diredai Allah kemudian barulah kita boleh menuntun tangan saudara kita ke sana.

Apa yang disampaikan mestilah diamalkan terlebih dulu. Lidah, hati dan amal perbuatan mesti selari, sehati dan sejiwa langsung tiada unsur munafik. Prinsip amar makruf nahi munkar yang betul ialah buat dulu kemudian suruh orang lain.

Allah amat membenci perangai orang yang cakap tidak serupa amal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah al-Shaff, ayat 2-3)

Ada pula yang bermulut manis dan menyatakan pujian di hadapan saudaranya tapi di belakang mengata lain, bermuka-muka dan menikam dari belakang. Bahkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika kamu melihat orang yang suka memuji (mengampu) di hadapan kamu, maka taburkanlah debu tanah di mukanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebaik-baiknya setiap Muslim berhati-hati dengan pemuji yang melampau ini kerana mereka akan mencela dengan melampau juga. Menggunakan ayat penuh rahmat bukan ayat kesat dan menyimpan emosi negatif. Mengapa nasihat yang kita beri kepada isteri, anak dan saudara kita tidak berjaya? Puncanya kerana tiada hubungan kasih sayang kerana Allah.

Kaedah dan cara menasihat pun tidak mengikut petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Di samping itu, faktor emosi yang susah dikawal sehingga melahirkan nasihat berunsur kemarahan, kritikan pedas dan sindiran tajam menjadi penghalang keikhlasan dalam memberi nasihat.

Nyata begitu susahnya bergaul dengan manusia di sekeliling kita. Bukan hanya kesabaran dituntut tetapi keberanian untuk merasai sakit juga diperlukan dalam menjalinkan persaudaraan. Mungkin itulah sebabnya mengapa ramai memilih menyendiri dan tidak pedulikan orang lain. Tetapi sampai bila kita boleh bertahan? Pastinya yang terbaik ialah mencari kekuatan diri dalam persaudaraan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dan tidak bersabar atas gangguan mereka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Adaptasi adalah suatu proses membentuk rasa cinta dan kasih sayang. Sesiapa yang tidak sabar melaluinya dia tidak akan merasai kenikmatan menjalinkan hubungan sesama insan. Waspadalah dengan sikap antisosial. Ia boleh menghalang seseorang mendapat rahmat Allah. Adapun tanda seseorang mendapat rahmat-Nya adalah ketika manusia tertarik dengan keperibadiannya.

Renung-renungkan....




Rujukan : Dr Juanda Jaya [Juanda@msu.edu.my]

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Julai 27, 2010

Jatuh cinta atau simpati?


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya kongsikan mesej yang saya simpan dalam mailbox setelah sekian lama dan terpaksa dilupuskan kerana memori mailbox hampir penuh. Mudah-mudahan bermanafaat.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah SWT yang patut kita letakkan.

NB : Sumber : Unknown ~ jika ada yang tahu siapa penulis artikel, mohon war-warkan. Terima kasih.


Butiran selanjutnya ...

Hasad dengki ancam, rosak kesejahteraan ummah


Penyakit jiwa dorong umat Islam buat maksiat, serlah sifat tercela dalam diri


PERASAAN hasad dengki boleh menyerang sesiapa saja dan penyakit jiwa itu sangat bahaya kerana bukan saja boleh merosakkan keperibadian diri, menyebabkan permusuhan dan boleh mengancam ketenteraman masyarakat.

Dengki mendorong seseorang melakukan kemaksiatan seperti mengumpat, menghasut, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain. Benarlah ungkapan Imam Ghazali, bahawa hasad dengki akan melahirkan sifat tercela yang lain sehingga sukar diperinci satu persatu.

Apabila perasaan dengki menguasai diri, hati tidak reda menerima qada dan qadar Allah menyebabkan timbul perasaan benci melulu terhadap orang lain. Kesempurnaan iman memerlukan seseorang menyayangi saudaranya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cinta untuk dirinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Penyakit hasad dengki sukar untuk dijauhi selagi mana ada terdetik perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Penyakit itu sebenarnya memberi kesan besar kepada mereka yang dikuasai perasaan dengki, bukan orang yang menjadi mangsa dengki.

Bahaya jika dijangkiti rasa dengki ialah perasaan hasil hasutan syaitan itu boleh menghancurkan segala kebaikan yang dilakukan selama ini seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebabnya ialah perasaan dengki membawa si pendengki melakukan perkara jahat seperti memfitnah, menghasut dan memutuskan hubungan orang lain dengan pihak yang didengki itu. Perbuatan itu hakikatnya hanya merugikan si pendengki.

Dengki adalah beban yang berat kerana hati sentiasa dipukul kegelisahan setiap kali melihat orang lain berjaya atau bahagia. Lidah akan menuturkan kata-kata berupa fitnah, cacian dan memperlekeh. Bukan itu saja, jiwa menyala perasaan marah, benci, curiga, kecewa dan kesal. Jiwa semakin terseksa sepanjang masa dan tidak pernah tenang. Inilah hasil daripada penyakit dengki yang membarah dalam hati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih.” (Surah Al-Baqarah, ayat 10)

Sesungguhnya si pendengki tidak pernah mahu merasai apalagi meraikan kebahagiaan atau kejayaan dikecapi orang lain, tidak ingin memberi senyuman apalagi menghulurkan ucapan tahniah.

Jauh sekali untuk mengeluarkan tenaga membantu atau mendorong saudara lain supaya terus memperoleh kejayaan dalam hidup. Dengan itu, tergambar pada dirinya sedikit demi sedikit menyeleweng daripada watak keislaman seperti melenyapkan nilai agama yang suci pada dirinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menjalar kepada kalian penyakit umat (terdahulu), kedengkian dan kebencian. Itulah penyakit yang akan mencukur gondol. Aku tidak mengatakan bahawa penyakit itu mencukur rambut melainkan mencukur agama.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dengki adalah ciri orang munafik dan digambarkan mereka ini dalam al-Quran kerana sikap suka memperkecilkan niat pihak yang ingin membuat kebaikan. Ketika umat Islam ingin memberi infak dalam jumlah besar, dikatakan mereka riak dan apabila jumlah infak itu kecil, dikatakan Allah tidak memerlukan sumbangan yang kecil.

Maka, turunlah firman Allah yang bermaksud: “(Orang munafik itu) iaitu orang yang mencela orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar kesanggupannya. Maka orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dan untuk mereka azab yang pedih.” (Surah At-Taubah, ayat 79)

Oleh itu, umat Islam yang ingin maju dan mendapat keredaan-Nya, haruslah berusaha bersungguh-sungguh menghindari sifat dengki serta menghayati ajaran Islam dengan penuh keimanan.

Semoga bermanafaat!



Rujukan : Mohd Adid Ab Rahman di BH 06/07/2010

Butiran selanjutnya ...

Bunga bangkai - Titan Arum atau Amorphophallus titanum

Titan Arum atau Amorphophallus titanum mampu capai ketinggian 3.17 meter.

Titan Arum atau Amorphophallus titanum yang berasal dari Indonesia ini, bukan hanya ganjil dan pelik namanya, tetapi rupa dan bau bunga ini turut menjadi perhatian kerana terlalu busuk dan menyamai bau bangkai. Bunga bersaiz gergasi ini turut disamakan bunga Rafflesia yang banyak ditemui di hutan Asia Tenggara.

SEJAK minggu lalu, Muzium Sains Semula Jadi Houston, Amerika Syarikat, tidak putus-putus menerima kehadiran pengunjung dan dibuka 24 jam sehari kerana bahan pamerannya yang unik, bunga gergasi yang dikenali sebagai Titan Arum atau Amorphophallus titanum.

Bunga yang berasal daripada Sumatera, Indonesia itu, buat pertama kalinya akan berbunga selepas tujuh ditanam di muzium berkenaan dan dicatatkan sebagai yang ke-29 berbunga di negara berkenaan.

Tarikan utama bunga itu dihebahkan melalui laman sosial Twitter dan Facebook menyebabkan pengunjung berbaris seawal jam 8 pagi bagi melihat sendiri keganjilan dan keanehan bunga yang hanya mekar selama tiga hari itu. Satu perkara pelik mengenai bunga berkenaan dan menjadi tarikan pengunjung ke muzium itu adalah kerana baunya yang dikatakan seperti bau bangkai.

Beberapa pengunjung yang ditemui memberitahu mereka sanggup beratur panjang untuk melihat dan menghidu sendiri bau bunga berkenaan kerana ia peluang yang tidak boleh dilepaskan walaupun maklum bahawa bau yang dikeluarkan sungguh busuk. Malah ada pengunjung datang berulang kali ke muzium berkenaan kerana mahu melihat bunga mekar dan menghidu bau busuk yang dihasilkan. Setakat Jumaat minggu lalu bunga berkenaan masih belum mekar sepenuhnya.

Pihak muzium menjangkakan jumlah pengunjung akan bertambah kepada 10,000 orang sehingga semalam. Jumlah itu, berlipat kali ganda berbanding jumlah 500 pengunjung setiap minggu.



Titan Arum dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai bunga bangkai ditemui di Sumatera, Indonesia. Dilaporkan ia mula ditemui pada 1878 oleh ahli botani Itali Odoardo Beccari. Bunga ini menjadi bunga rasmi untuk wilayah Bengkulu.

Tumbuhan yang jarang ditemui ini dikategorikan sebagai tanaman liar daripada keluarga Araceae mempunyai bunga yang cantik seakan calalily berwarna perang mengeluarkan bau busuk untuk menarik kumbang dan lalat yang menjadi makanannya. Bagi penduduk di negara ini, mereka menggelarkan bunga ini sebagai keladi gajah, namun rupanya sedikit kecil berbanding bunga bangkai yang ditemui di Indonesia.

Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya iaitu vegetatif dan generatif. Pada fasa vegetatif, biasanya akan muncul pucuk muda daripada batang pokok. Kemudian organ vegetatif ini layu dan muncul bunga. Selepas bunganya layu akan terbentuk buah berwarna merah dengan biji di bahagian pangkal bunga. Buah ini biasanya menjadi benih untuk pembiakan semula tumbuhan ini.



Mengikut laporan, bunga bangkai yang paling tinggi dicatatkan mencecah 2.91 meter pada 2005 di Taman Botani Bonn, Hewan Wilhelma, Stuttgart, Jerman. Namun, Indonesia mendakwa bunga bangkai paling tinggi pernah dicatatkan di Kebun Raya Cibodas dengan ketinggian 3.17 meter pada 11 Mac 2004.

Selain bersaiz gergasi dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 6 meter (10 kaki), berat bunga bangkai juga boleh mencapai sehingga 50 kilogram, berat seorang perempuan dewasa. Namun, pernah dicatatkan berat bunga ini mencecah 91 kilogram di Rumah Hijau Princess of Wales, Kew Garden.

Tiada khasiat mengenai bunga ini dicatatkan dalam mana-mana artikel botani, namun ia sering kali mendapat perhatian dalam mana-mana pameran hortikultur di seluruh dunia, kerana keanehan dan keganjilan itu.

Pada Pameran Bunga Persatuan Hortikultur Diraja Tatton Park, London Julai tahun lalu, bunga ini diundi sebagai bunga paling hodoh dipamerkan di pameran berkenaan walaupun hakikatnya tumbuhan ini tidaklah nampak hodoh kecuali baunya saja yang busuk seperti bangkai.




Sumber : Rohaniza Idris [roha@bharian.com.my] di BH 24/07/2010

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails